Sudahkah korang berterima kasih dekat mak korang?

Tahun lepas, masa aku masuk program nilai-nilai murni tajaan company aku yang dikelola oleh ustaz zawawi, lagu ni jugak ada diputarkan…dalam sedar tak sedar, masa tu gak aku menangis..hehe..aku menangis kerana aku teringat terlalu banyak dosa aku buat kat mak aku…ingat tak?dalam islam, kita diajar walau dengan perkataan uh, ih sekalipun, ia adalah satu dosa…saja je entri ni dibuat khas kat mak aku..hehe..sapa tak sayang mak?

mak aku sakit buah pinggang dah hampir 2tahun dok kerja cuci jer..lepas operate, operate lagi..lepas keluar hospital, masuk balik…rezeki dia…lepas buat CAPD, buat pulak hemodialisis..kesian..aku hanya mampu doakan dan berikan apa kemahuan dia…tu sebab aku rajin sangat balik kampung…..rindu kat mak aku…aku kerja 4hari(2 malam, 2 siang) pastu off 4hari..masa off 4hari tu la aku concentrate buat internet income, dan study skit2(padahal dah memang malas study icon razz Sudahkah korang berterima kasih dekat mak korang? ) dalam sebulan, kadang 2-3kali balik..kawan2 kerja asik tanya:,

banyak duit ko balik kampung kerap..dari kerteh ke kedah(pendang)?

- tak pun..dah sangat biasa semata-mata nak tengok mak aku..aku lahir kat brunei, dok sana, belajar sana sampai la umur 12tahun, parents aku hantar balik belajar di malaysia…dok sorang-dok ngan allahyarhamah nenek aku…masa tu aku dapat jadi best student UPSR-mak aku bukan main suka lagi….thanks mama doakan kejayaan pian icon smile Sudahkah korang berterima kasih dekat mak korang?

-so, nak berkira ke setakat duit balik kampung, belanja diorang yang dah tua kat kampung tu, yang kita tak tau bila diorang akan tinggalkan kita?tak kan??

tak penat ke dok ulang alik balik kampung?

-tak pun…biasa je…bayangkan, walaupun mak aku sakit macam tu pun, aku sangat terharu..kenapa?

siang tadi (ari sabtu) aku dok mesin rumput kawasan rumah…tengah hari mama pergi cuci darah, petang aku sambung balik mesin rumput…bila habis je mesin rumput tu dah pun dekat kul7 malam..tengok-tengok mama buat laksa-kegemaran aku…huih…aku suka+sangat2 terharu…dia sakit pun tetap gak buat apa yang anak dia suka!!mana lagi penat?penat balik kampung atau kegembiraan tengok mak@ibu@bonda yang melahirkan korang?(masa aku menaip ni tengah dok makan laksa mama buat icon smile Sudahkah korang berterima kasih dekat mak korang? untuk sahur aku) dia buat semata-mata aku nak balik kerja harini!!takmau penat untuk kerja..dengan driving lagi…

kenapa tak kirim duit je, dah dok jauh…??

-sama tak kirim duit dengan boleh tengok muka mak korang dan peluk+gurau senda dengan mak korang?takkan sama punya…aku tiap kali balik kampung, bagi by hand je duit, kadang bila takde masa langsung nak balik kampung, baru bank-in atau masa tu mama nak duit untuk ubat dia, aku bank in kat adik aku….suka aku tengok bila aku dapat belikan apa yang mak aku nak..balik kali ini aku belikan mama baju, tudung, kuih untuk test raya icon razz Sudahkah korang berterima kasih dekat mak korang? trust me, perbezaan sangat ketara kalau kirim dengan bagi by hand…ada masa balik la jumpa parents kat kampung tu yer…

em…tah..aku terus je post entri ni bila tengok laksa nak makan…besarnya pengorbanan parents kita..tapi anak-anak sekarang dah makin lupa…kenapa???

mama-terima kasih banyak-banyak noh…mama banyak bagi semangat kat anak-anak supaya berjaya…insyaAllah, aku nak kumpul duit pulak beli mesin hemodialisis tu..tak kira la mahal mana pun…mahal lagi nilai nyawa dan pengorbanan yang mama buat…………….terima kasih………….

kawan2..doakan supaya cita-cita aku ni tercapai noh……

ps: jum la sama-sama berdoa untuk kedua ibu bapa kita dalam sembahyang tu..jangan lupakan mereka..besar sangat pengorbanan mereka……….

sebab mak aku ni la aku tak rasa penat kerja…study, cari duit……..duit boleh cari…lain dari duit, mana mau cari?fikir la…

doa untuk ibubapa:

doa untuk ibubapa Sudahkah korang berterima kasih dekat mak korang?

pixel Sudahkah korang berterima kasih dekat mak korang?
 Sudahkah korang berterima kasih dekat mak korang?

posto

Selamat membaca sharing dari aku ;) Jangan segan2 nak kawan dengan aku di facebook Jangan lupa tinggalkan komen tau. Aku dah bergiat aktif dengan affiliate sejak tahun 2008, insyaAllah, aku akan share apa yang aku mampu di sini.

Related posts:

  1. Masih belum mendapatkan NICHE?Tips lagi…
  2. Persediaan pendapatan online dengan blog
  3. Kesalahan berbloging yang kita perlu elak
  4. Nak tambah pendapatan Online tak?
  5. mulanya disini | blogger yang terdesak
  • http://twitter.com/MaxMonic Max Monic

    Sayu aku baca.. Love my mom.. n dad too.

  • Jum Lepak ngan aku

Nak dapatkan traffik mudah? Lawat site ni --->     Klik sini sekarang