Usahlah mengeluh |suatu pengalaman

salam…sejak semalam aku banyak bercakap dengan rakan2 sekerja aku yang baru tentang kehidupan ni…i mean something happened to my life…semoga kisah ini dapat buka sedikit sebanyak mata ramai orang

let’s me share to you something about my life ok icon smile Usahlah mengeluh |suatu pengalaman

mengeluh Usahlah mengeluh |suatu pengalamanceritanya begini..dulu aku belajar di brunei, dari pra sekolah sampai darjah 5..kemudian, parents aku hantar balik ke malaysia aku sorang untuk belajar di tahun 6 seorang..parents aku dan adik beradik aku semua masih ada di brunei..aku amik UPSR di kedah-sekolah kebangsaan ayer putih, pendang, kedah…masa tu, bagi aku belajar sangat mudah sampai aku dapat jadi best student!wah..bukan main seronok..tetapi aku salah percaturan..memang sangat salah.kerana aku anggap di  malaysia ni nak belajar terlalu mudah..manakan tidak, silibus pelajaran di brunei, masa aku darjah 3, matematik la contohnya, sama je dengan tingkatan2 punya silibus!gila mudah..maka, dengan riaknya (jangan tiru sikap ni yer), aku pun abaikan pelajaran..bagi ku semuanya mudah..dah nama pun best student kan!ya, itu kesalahan aku yang paling besar! sejak dari itu, aku banyak melakukan kesalahan demi kesalahan-kesilapan berturut!

itu cerita dulu..sekarang aku dah buka mata..alhamdulillah..ini bukan kisah buka pekung atau aib..ia hanyalah tauladan dan pengajaran k

PMR aku lingkup..aku langsung tak study!dapat 2A jer..lepas tu sambung kat sekolah vokasional balik pulau…amik servis radio dan tv..SPM bagus balik..alhamdulillah..tapi aku leka..aku tak terus belajar..aku main banyak..aku sambung uitm di merbok-kedah cuma 1sem jer!lepas tu sambung lagi belajar di INSTEP-institut teknologi petroleum petronas..2tahun..aduh..dapat sijil..aku dah buang terlalu banyak masa..aku sambung lagi diploma chemical engineering di uniKL micet(masa ni aku sambung aku kena tipu-kata boleh buat 2tahun je last-last 3tahun jugak!)

aku asik mengeluh..huh..apa nasibku…sepatutnya, pada umur 23tahun yang lalu, aku dah ada degree!aku banyak buat salah..bila aku bekerja, aku teruskan cita-cita aku nak dapatkan degree..maka aku sambung di utm-space secara part time..banyak lagi masa nak abis tuh..terlalu banyak kena organize…

cuma apa yang aku nak cerita, jangan la mengeluh..semuanya ada hikmah di sebaliknya..percayalah..

Allah dah tetapkan semua takdir kita..cuma kita yang patut berusaha untuk merubahnya!

aku dah silap dulu kerana wujudnya sifat bangga diri…sedangkan aku lupa, walaupun aku belajar agama, aku lupa, nabi Muhammad S.A.W yang kita sanjung dulu pun seorang yang umi..seorang buta huruf!tapi baginda terus berusaha untuk mencapai kejayaan demi kejayaan!kenapa aku yang tak punya taraf seperti beliau mesti nak membangga diri dek kerana kejayaan sekecil itu?

baca sendiri firman Allah:

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang umi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Al-a’raf ayat 157

Kalau dulu: aku asik mengeluh kerana:

1- aku banyak buat salah…banyak silap langkah…

2-aku banyak buang masa, bermain dengan hidup-lupa tuhan-(walaupun banyak belajar agama)

3-aku tak dapat jadi macam kakak, abang aku yang ada degree..adik2 aku pun ada degree!jadi kambing hitam kot..hehe

4-masa aku kerja, gaji aku lebih rendah daripada orang yang masuk sebelum dan selepas aku.padahal, aku lebih banyak pengalaman, kenapa ada beza macam tu?bodoh betul..masa tu memang aku rasa diriku terlalu bodoh!

apa jadi?aku hilang mood untuk kerja..aku buat kerja tak ikhlas..sumpah!aku tak ikhlas buat kerja…bayangkan..aku belajar 2tahun dapat sijil di INSTEP, lepas tu sambung lagi diploma 3tahun..bila aku kerja, orang yang tiada kaitan langsung dengan bidang kerja aku dapat gaji lebih besar dari aku dan gred lebih tinggi!lepas tu, orang selepas tu pun dapat gaji tinggi!sapa tak bengang??hehe..tapi sekarang aku dah redha…cuba korang baca balik ayat di atas tuh…

apa jadi lepas tu yer?aku dah hilang mood…aku dah ada pengalaman hidup susah..maka aku gunakan segala pengalaman yang ada..aku buka buku2 internet aku dulu..aku buat semuanya…aku perlu buat supaya aku dapat ubah hidup aku!aku nekad!aku sambung degree…aku tau apa aku belajar..hehe..alhamdulillah..apa aku belajar, aku apply..aku repair TV, radio, laptop, segala barang elektronik..semuanya untuk cari duit lebih…

kemudian aku terus buat internet-affiliate, clickbank, ebay, flipping website dan macam-macam..semuanya ada kisah kegagalan dan kejayaan..

lepas beberapa ketika, aku dah mula sedar..ayat quran tadi dapat buka mata aku..alhamdulillah..aku dapat capai apa aku nak…rezeki part time aku lebih dari gaji aku sendiri..korang rasa berapa gaji kerja minyak?sekarang aku dapat double or triple dari gaji tu semua dari part time aku di internet!!alhamdulillah, semuanya rezeki tuhan..

Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung.

apa macam?simple jer cerita nih…tapi apa yang aku nak tekankan disini, jangan la korang mengeluh!semuanya ada hikmah di sebaliknya…percaya kepada agama..lakukan dengan ikhlas, insyaAllah akan bertemu kejayaan..

*kalau korang student – belajar la sesungguh hati..jangan harapkan pointer semata-mata tapi apa yang korang belajar tu tak dapat praktik pun masa bekerja..nanti orang sumpah..contohnya-aku tak respek pun kebolehan enginneer, manager-ingat dorang pandai sangat ker?hehe…tapi kena respek jugak lah..kalau aku tak respek, dorang pun tak respek aku kan icon razz Usahlah mengeluh |suatu pengalaman

*kalau korang nak berjaya-lakukan sepenuh hati..jangan lupa agama, jangan lupa asal usul…organise masa korang..

*jangan la terlalu percaya yang internet sahaja yang dapat membantu mengubah hidup korang k..semua orang ada destiny masing-masing..ada orang berjaya dalam bidang internet-ada berjaya dalam bidang pekerjaan diorang-dan bermacam lagi…pendek kata, apa yang korang usahakan, buat sesungguh hati, insyaALLah akan bertemu kejayaan

jangan asik mengeluh sahaja!buat sesuatu..if you think that you can be success in internet business or else-yes, you can if you take an action!

bersabarlah dan berhenti mengeluh!ambil tindakan untuk keluhan korang!

konvo 300x214 Usahlah mengeluh |suatu pengalaman——>konvo masa uniKL dulu..bukan main suka mak ayah aku walaupun masa tu hanya dapat diploma!dah tu umur terlebih..hehe

jangan banyak mengeluh!!


 Usahlah mengeluh |suatu pengalaman

posto

Selamat membaca sharing dari aku ;) Jangan segan2 nak kawan dengan aku di facebook Jangan lupa tinggalkan komen tau. Aku dah bergiat aktif dengan affiliate sejak tahun 2008, insyaAllah, aku akan share apa yang aku mampu di sini.

Related posts:

  1. Masih belum mendapatkan NICHE?Tips lagi…
  2. Persediaan pendapatan online dengan blog
  3. Siri 1:Pemahaman tentang ON PAGE SEO – Dimana dan bagaimana yer?
  4. Kesalahan berbloging yang kita perlu elak
  5. Nak tambah pendapatan Online tak?
  • http://tengkorakemas.blogspot.com tengkorak emas

    memang betul tu, jangan mengeluh dengan apa yg berlaku sama ada berpunca dari kesalahan kita atau nasib..

    yg penting jgn putus harapan kepada Allah..

  • http://tengkorakemas.blogspot.com tengkorak emas

    memang betul tu, jangan mengeluh dengan apa yg berlaku sama ada berpunca dari kesalahan kita atau nasib..

    yg penting jgn putus harapan kepada Allah..
    tengkorak emas recently posted..Senyumlah sayang

  • posto

    betul betul betul..hehe..semuanya ada hikmah :)

  • posto

    betul betul betul..hehe..semuanya ada hikmah :)

  • Monoloque87

    salam nak tanya, kos sara hidup di brunei tinggi tak? beza dengan malaysia camne?

  • http://www.sofiancheisa.com/blog mohammad sofian che isa

    Salam..

    beza dengan malaysia sangat jauh..kos hidup kat sana biasa je..tak berani pulak cakap lebih kang kena ISA..hehe..dah dok malaysia, warga malaysia kan :D

    actually, kalau kita orang malaysia p dok sana, memang jadi kejutan kot..malam di sana mati, takde shopping complex yang buka selepas waktu maghrib macam kita di malaysia ni..sangat jauh berbeza budaya sana dengan sini..tu masa saya besar kat sana ler..sekarang saya taktau dah..dah lama tak balik sana :)

  • Keeyamustafa

    kat instep belajar ape je? prempuan ade x kt situ?

  • Jum Lepak ngan aku